Saturday, October 27, 2007

Memang sukar diterima...namun kita redha dengan ketentuanya...Mungkin inilah ujian TUHAN yg perlu kita hadapi dengan tenang & tabah...

Kita sebagai manusia sememangnya sukar untuk meramal laluan kehidupan ini. Tiada seorang pun yg mengetahui kejadian masa hadapan yg kita tempuhi. Hanya YG MAHA KUASA sahaja yg lebih mengetahui....

Beginilah kisah yg dialami oleh keluarga Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor di mana anaknya (Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie) yang tidak dijangkakan meninggalkan kita untuk selama-lamanya semalam 27/10/07 kira-kira jam 6 ptg kerana akibat pembekuan darah di kepalanya sebab terlanggar tiang serta kepalanya terhentak pada batu bata, menyebabkannya pengsan dan koma selama 6 hari...Malangnya kejadian ini berlaku pada hari yg sama apabila abangnya (Dr Sheikh Muszaphar) melakar sejarah membuat pendaratan di Akyll, Kazakhstan yg merupakan angkasawan pertama negara dengan selamatnya ke bumi...

Beginilah kehidupan yg harus kita tempuhi...lalui...tak kira di mana saja pelbagai perkara yg boleh berlaku...ada yg datang & ada yg pergi...ada yg mengembirakan & ada yg menyedihkan...ada yg membahagiakan & ada menghancurkan...begitulah alam dunia...oleh itu kita umat manusia harus bersyukur dengan segalanya yg kita miliki sebelum terlambat & buatlah yg terbaik sepanjang hidup kita selagi terdaya...

TAMAT



1 comment:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Flores Online, I hope you enjoy. The address is http://flores-on-line.blogspot.com. A hug.